APA MAKSUD HAKMILIK TANAH?

 

17795865_151272285400008_5823109586887513711_n

 

Hakmilik tanah ialah satu dokumen yang dikluarkan oleh pejabat tanah kepada seseorang bagi memberi hak dari sisi undang-undang untuk pemilikan harta tanah tersebut.
Hakmilik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu hakmilik sementara (Qualified title) dan hakmilik tetap (Final title). Hm, apa beza dua benda ni? Hakmilik sementara selalunya dikeluarkan selepas pemberian awal tanah oleh kerajaan negeri. Ianya belum diukur secara halus oleh itu “Pemilik” bagi hakmilik sementara tak boleh buat pecah sempadan, pecah bahagi, dan penyatuan. Namun begitu, mereka masih boleh memajak, gadai, dan memindah (transfer). Hakmilik tetap pula dikeluarkan apabila “final survey has been done”. Maknanya kaji selidik telah dibuat secara lengkap. Hal ini memberikan hak kepada “pemilik” hakmilik tetap untuk membuat pecah sempadan, pecah bahagi, dan penyatuan tanah. Ini adalah kerana hakmilik tetap mempunyai luas tanah yang tepat dan ukuran yang terperinci hasil dari kaji selidik yang telah dijalankan.

Pendaftaran hakmilik tanah boleh dibahagi kepada dua iaitu di pejabat pendaftar yang mana ada satu shja di setiap ‘Negeri’, biasanya terletak di ibu negeri dan pejabat tanah yang mana ada satu pejabat tanah di setiap ‘Daerah’.

Apa yang menyebabkan sesuatu hakmilik tersebut harus didaftarkan dibawah pejabat pendaftar?🙄 Ianya harus didaftarkan di bwah pejabat pendaftar apabila ia adalah tanah kampung/bandar, tanah kampung yang luasnya lebih dari 4 hektar(10 ekar), mana2 bahagian tepi pantai atau dasar laut.

“Hakmilik sementara’ yang didaftarkan dibawah pejabat pendaftar akan digelar sebagai: ”Hakmilik sementara daftar”(HSD).

‘Hakmilik tetap’ yang didaftarkan dibawah pejabat pendaftar akan digelar sebagai: “Geran Negeri (GRN)/ Pajakan Negeri (PN)”.

Apa yang menyebabkan sesuatu hakmilik tersebut harus didaftarkan dibawah pejabat tanah?🙄 Ianya harus didaftarkan di bwah pejabat tanah apabila ia adalah tanah kampung yang luasnya kurang dari 4 hektar(10 ekar). Jika luas tanah tersebut lebih dari 4 hektar tapi still didaftarkan dibwah pejabat tanah, maknanya mungkin tanah tersebut ialah utk economic development/ada political intervention.

“Hakmilik sementara’ yang didaftarkan dibawah pejabat tanah akan digelar sebagai:”Hakmilik sementara mukim”(HSM).

‘Hakmilik tetap’ yang didaftarkan dibawah pejabat tanah akan digelar sebagai: “Geran Mukim (GM)/ Pajakan Mukim (PM)”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *