Peluang Kerjaya

Satu kerjaya profesional yang berbaloi untuk anda ceburi!

Ya, mungkin sekarang anda mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tak mencukupi, atau anda terlalu sibuk dengan kerja ataupun suasana tempat kerja yang amat toksik dan menyesakkan, apa salah nya untuk anda cuba kerjaya baru?

Kalaulah anda orang seperti ini :

  • Tidak nampak potensi dalam kerjaya sedia ada.
  • Mahukan kebebasan masa bersama keluarga.
  • Lebih suka berkerja sendiri tanpa bos
  • Rasa sesak berkerja dalam suasana yang toksik
  • Berdisiplin, bermotivasi tetapi tidak nampak jalan untuk berjaya.
  • Penat rasa tidak berguna dan rasa tersekat dalam kehidupan sekarang.

Kenapa tidak anda letakkan takdir diri anda pada diri anda sendiri dan Tuhan? Ini lah masa nya. Mungkin ini lah yang akan membantu mengubah kehidupan anda sebagaimana ia telah mengubah ramai perunding hartanah yang lain!

Kenapa Kerjaya Perunding Hartanah Bersama Kami?

Sampai bila anda mahu tengok kejayaan orang lain sahaja? Anda juga berhak untuk berjaya. Anda juga berhak untuk dapatkan kehidupan lebih baik. Anda juga berhak untuk ada lebih masa bersama keluarga dan membina kehidupan bersama mereka.

Mari tengok, bagaimana kerjaya ini boleh membantu anda mencapai matlamat anda.

Pulangan yang amat lumayan

Perunding hartanah berkerja untuk komisyen jualan. Mengikut standar LPPEH, perunding hartanah mendapat komisyen 3% dari harga jualan. Bayangkan berapa anda dapat untuk sebuah rumah berharga RM 500,000?

Panduan oleh mereka berpengalaman

Dalam pasukan kami, anda akan di pandu oleh mereka yang berpengalaman bertahun-tahun dalam industri. Isunya, adakah anda mahu ikut atau tidak?

Anda kawal masa anda!

Kami tak kata anda tak akan sibuk. Ini adalah kerjaya sendiri. Anda kena produktif, tetapi anda boleh kawal masa anda. Tak perlu lagi keluar sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam setiap hari. Anda kawal masa anda. Anda boleh urus keluarga dengan lebih baik.

Berpeluang kenal dengan ramai orang

Menjadi perunding hartanah, anda boleh berpeluang berjumpa ramai orang. Mana tahu di sini ada peluang pelaburan dan lain-lain terbuka luas. Atau sekurangnya anda dapat pengalaman mereka.

Peluang pelaburan yang terbentang

Anda dahulu disajikan peluang pelaburan hartanah dengan harga yang rendah. Ini peluang anda untuk menjadi pelabur dan ubah hidup anda.

Potensi kerjaya yang bagus

Dengan pengalaman, anda boleh menjadi pengurus pasukan anda sendiri atau menjadi Prinsipal Ejensi anda sendiri.

Ini peluang anda! Isi borang di bawah sekarang.

Training location and offices.

KAIZEN TOP REALTY GROUP
(Branch – Petaling Jaya)
22-1, Jalan PJS 5/28, PJCC,
Pusat Perdagangan Petaling Jaya Selatan,
46150 Petaling Jaya, Selangor

Person In Charge:
016-2584786 (En Mahadhir)
016-6379031(Puan Tira)